Friday, September 4, 2009

Sabar

six seven eight triple nine eight two one two.



Sememangnya, pilihan aku masih belum muktamad, aku masih diambang kekeliruan, aku masih memerlukan petunjuk-petunjuk yang akan memapah aku kearah yang aku tidak akan sesali. Aku masih memerlukan masa untuk memikirkan tentang risiko-risiko yang aku akan hadapi. Aku masih memerlukan kewarasan minda. Aku masih memerlukan suara-suara hati dan akal fikiranku untuk berdebat. Aku masih memerlukan pilihan-pilihanku menunjukkan betapa berbaloinya mereka padaku.

Aku masih memerlukan diriku sendiri untuk menilai.
Aku masih memerlukan diriku untuk berfikir.
Aku masih memerlukan kepercayaan pada diriku.

Kerana, pada masa ini, mindaku terlampau sesak untuk berfikir.
Emosiku terlampau tidak stabil untuk merasa.
dan, sifat Fizikalku sangat penat untuk mengambil tindakan.




"Be patient, heart. It'll come"
-b.rosly

No comments: